BEG BATIK NGESONG DAPAT SAMBUTAN DI HKK 2023
BACHOK – Beg Batik Ngesong, produk keluaran Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) Dun Jelawat melalui bimbingan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan mendapat sambutan di Pameran Komuniti Kraf Kelantan bersempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan (HKK 2023) di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
Pengurus Pemasaran PPWK Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat, Rozana Mat Radzi berkata, sepanjang tempoh penganjuran HKK 2023 bermula 1 hingga 13 Mac 2023, kebanyakan pengunjung yang hadir suka dengan keunikan motif bunga Getam Guri, bunga Telang, Wau Bulan dan pelbagai motif yang mononjolkan identiti Kelantan.
"Sepanjang tempoh pameran tersebut, kami mendapat hasil jualan sebanyak RM13 ribu," katanya ketika dihubungi semalam.
Selain itu jelasnya, turut dipamerkan ialah Lekar Lidi Kelapa Sawit Kemahang dan produk anyaman daripada PPWK DUN Kemahang, di samping beberapa produk kraf tempatan yang lain, yang diusahakan oleh PPWK dan komuniti.
Sebagai rekod HKK 2023 telah menghimpunkan lebih 500 usahawan dalam kategori Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta komuniti kraf dari seluruh negeri untuk mempromosi dan memasarkan produk-produk mereka.
Ikuti berita selanjutnya dalam buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita9pg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-16 00:21:45
#semasa
#semasa
0 Comments