Ticker

6/recent/ticker-posts

GERAN RM13 JUTA ATASI MASALAH PERPARITAN, LONGKANG



GERAN RM13 JUTA ATASI MASALAH PERPARITAN, LONGKANG

KOTA DARULNAIM – Exco Kerajaan Tempatan YB Dato Dr Izani Husin berkata, Kerajaan Negeri menyalurkan geran sebanyak RM13 juta kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kelantan.

Geran tersebut bertujuan mengatasi masalah sistem perparitan dan longkang yang berlaku di kawasan masing-masing.

"Melalui jumlah tersebut, RM2 juta akan diberikan kepada Majlis Perbandaran Kota-Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan RM1 juta kepada semua Majlis Daerah Negeri Kelantan bagi tujuan pembangunan infrastruktur seperti perparitan dan longkang."

Beliau berkata demikian dalam Persidangan Kali Yang Keempat Bagi Tempoh Penggal Ke-5 Dewan Negeri Kelantan Ke-14 Tahun 2023, pada 21 Mac lalu.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita9pg









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-29 01:27:21

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments