KERAJAAN NEGERI BANTU TINGKATKAN HASIL PENGELUARAN PRODUK KOPERASI
PASIR PUTEH - Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail memaklumkan Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan bantuan pembelian peralatan sebanyak RM10,000 kepada Koperasi Usahawan IKS Muslim Kelantan Berhad (KUIMKB).
"Peruntukan tersebut merangkumi pembelian tiga jenis mesin iaitu mesin pembungkusan automatik, caping dan filling machine," katanya ketika merasmikan kilang KUIMKB di Jalan Jeram Pasu, semalam.
Pengerusi koperasi tersebut Kamarudin yunus, 72 berkata, antara produk utama keluaran mereka ialah air minuman KUIMK yang berasaskan campuran pegaga, buah tin, kurma, delima dan habbatus Sauda yang mampu melegakan batuk.
"Sehingga kini proses pembuatan minuman tersebut masih berjalan secara manual dan mampu mengeluarkan 2,400 botol sahaja sehari, insya-Allah dengan adanya mesin itu nanti hasil pengeluaran produk dapat ditingkatkan," katanya.






(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-10 00:38:08
#semasa
#semasa
0 Comments