Marhaban ya Ramadan!
Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadan. Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan solat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan; dan jangan jadikan puasa kami hanya sekadar lapar dan dahaga.
Alhamdulillah. Setinggi kesyukuran ke hadrat-Mu ya Allah kerana telah melanjutkan usia kami hingga bertemu dengan Ramadan kali ini di saat ribuan yang lain tidak sempat bertemu dengannya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan (dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa keatas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu Neraka, dibelenggu Syaitan (supaya tidak mengganggu umat Muhammad SAW daripada melakukan pelbagai ibadat), didalamnya ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya."
Bantulah kami untuk menjadi tetamu terbaik-Mu pada bulan yang berkat ini.
Rahmatilah diri kami, keluarga kami, pimpinan kami dan negara kami. Jadikan kami umat yang terbaik.
Semoga segala usaha ini diberkati Allah SWT serta memperoleh rahmat dan maghfirah.
Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak!
#BersihdanStabil
#PNBEST See less

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-22 03:27:27
#pas
#pas
0 Comments