Ticker

6/recent/ticker-posts

NOTIS PENUTUPAN JALAN DI GUA MUSANG



NOTIS PENUTUPAN JALAN DI GUA MUSANG

GUA MUSANG – Jabatan Kerja Raya Gua Musang memaklumkan notis penutupan sementara jalan oleh Pasukan Projek JKR CSR bagi tujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan (boring work) bagi Projek Central Spine Road Pakej 3B & 3C.

Laluan penutupan jalan yang terlibat ialah:

1. Laluan FT2747 - Simpang Hospital (depan Petronas) sehingga Jambatan Taman Damar di kedua-dua arah

2. Laluan FT 2745 - Di Bawah Jambatan (Flyover Taman Damar)

Laluan alternatif:
Laluan FT008 (melalui hadapan Ibu Pejabat Polis IPD, Gua Musang)
Laluan FT2746 (melalui Jalan Pulai)

Tempoh penutupan jalan bemula 29 Mac 2023 (pukul 8.00 pagi hingga 28 April 2023 pukul 7.00 petang.







(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-29 04:40:24

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments