Ticker

6/recent/ticker-posts

ILDAN TERBIT MODUL BENTUK GENERASI RABBANI



ILDAN TERBIT MODUL BENTUK GENERASI RABBANI

KOTA BHARU - Pembangunan modal insan adalah tunjang kepada keutuhan Dasar Membangun Bersama Islam.

Sehubungan itu Institut Latihan Darul Naim (ILDAN) menerbitkan Modul Latihan Pendidikan Rabbani pada 13 Februrari lalu.

Modul tersebut dilancarkan Exco Pembangunan Insan, Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi YB Dato' Dr Fadzli Hassan di Hotel H Elite Design.

Pengarah ILDAN Dr Azizi Umar berkata modul tersebut dibangunkan oleh kumpulan penyelidik dari Kulliyyah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) diketuai Prof Madya Dr Arifin Mamat.

"Modul ini akan digunakan bagi melatih guru-guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang baru menerima tanggungjawab pentadbiran sekolah,' jelasnya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan modul itu juga bakal digunakan dalam sesi khusus secara berperingkat.

Terdahulu, Seminar Kepemimpinan Pendidikan Rabbani anjuran ILDAN, YIK dan Kumpulan Penyelidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) diadakan bertujuan
memantapkan kepemimpinan pendidikan yang berkesan dan berkeperluan semasa.

Seminar sehari yang dihadiri 193 peserta itu menampilkan pembentang daripada ahli kumpulan penyelidik.

Antaranya, Profesor Madya Dr Mohd Izham Mohd Hamzah (UKM), Profesor Madya Dr Mohamed Yusoff Mohd Nor (UKM) dan Profesor Madya Dr Arifin Mamat (UIAM) mengisi slot pada sesi pagi.

Manakala sesi "Town Hall" pula dikendalikan Ketua Kumpulan Penyelidik dari Fakulti Pendidikan, UKM Profesor Dato' Dr Abdul Halim Tamuri.

Dalam majlis yang sama, YB Dato' Dr Fadzli menyatakan sejumlah RM 137.6 juta telah diperuntukkan kepada YIK untuk melaksanakan pembangunan dan program pendidikan pada tahun 2023.

Tambahnya, Kerajaan Negeri yakin YIK akan terus menerajui pendidikan rakyat dengan pelaksanaan DPRK.

Beliau turut berpesan, sebagai para profesional, teknokrat, dan murabbi menjadi tanggungjawab semua pihak.

"Kita bukan sekadar menjadi ahli dalam bidang masing-masing.
Bahkan menjadi generasi rabbani yang membimbing dan menginspirasi generasi mendatang" hurainya.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-28 08:17:57

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments