Ticker

6/recent/ticker-posts

PERATURAN UNTUK SEMUA, KECUALI UMNO Tahniah UMNO serta seluruh barisan kepimpinan sesi 2023-2026 at...



PERATURAN UNTUK SEMUA, KECUALI UMNO

Tahniah UMNO serta seluruh barisan kepimpinan sesi 2023-2026 atas kelangsungan Pemilihan UMNO tahun ini.

Tahniah kerana telah berjaya 'menyelamatkan' parti. Tahniah kerana telah dikecualikan daripada undang-undang dan prinsip keadilan.

Walaupun keadilan yang diasaskan atas kedaulatan undang-undang menunjukkan bahawa SETIAP RAKYAT ADALAH SAMA TARAF di sisi undang-undang.

Walaupun Dato' Sri Anwar Ibrahim di dalam ucapan-ucapan beliau sering menyebut tentang prinsip keadilan sosial dan kononnya akan berjuang menegakkan kedaulatan undang-undang.

Namun, tindakan campur tangan Menteri Dalam Negeri mengecualikan UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 menampakkan hal yang sebaliknya.

Apabila ditekan, Anwar memaklumkan bahawa,

"Ia dalam peruntukan undang-undang. Ada kuasa RoS yang kemukakan kepada menteri. Ada kuasa menteri."

Maka, terselamatlah UMNO yang telah melanggar Peraturan dan Perlembagaan Parti.

Rakyat menjangkakan reformasi undang-undang yang telus, rupanya yang ada hanyalah keadilan yang berkecuali.

Selepas menyelamatkan Presiden UMNO, kini kerajaan menyelamatkan pula parti UMNO.

Adakah ini keadilan yang diperjuangkan Anwar?

Adakah undang-undang hanya terpakai untuk pembangkang dan tidak kepada UMNO?

Bersikap adillah. Negara ini perlu diurus mengikut lunas undang-undang dan bukan mengikut telunjuk UMNO.

KAMIL ARIF BAIHAGI
Pengerusi SiswaPAS



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-22 03:08:20

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments