RAKYAT KELANTAN DISERU JADIKAN AL-QURAN TEMAN HIDUP
KOTA BHARU - Rakyat Kelantan diseru menjadikan al-Quran sebagai teman hidup sepanjang zaman demi mencapai keberkatan dan kejayaan hidup di dunia dan akhirat.
Demikian menurut Menteri Besar, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob ketika berucap pada Majlis Perasmian Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan Tahun 1444H/2023M di Dewan Utama, Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, semalam.
Katanya, umat Islam akan menjadi lemah dan berpecah belah apabila mengabaikan ajaran al-Quran yang merupakan petunjuk sebenar di dunia ini.
"Umat Islam akan kembali kuat dan disegani apabila berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dengan wujudnya kedamaian dan maufakat di bawah panji Islam.
Semoga umat Islam dapat kembali menjadi umat yang bersatu dengan keberkatan al-Quran berpandu jejak langkah Rasulullah saw dan para sahabat," katanya.
Tambahnya, melalui program yang diadakan pada setiap tahun ini akan mampu melahirkan lebih ramai lagi qariah, hafiz dan hafizah yang berkualiti melalui keindahan dan kemuliaan al-Quran.
Berhubung perkara yang sama katanya, mudah-mudahan dengan lahirnya lebih ramai ahlul Quran akan mengangkat syiar Islam di negeri ini serta limpahan kemakmuran dan keberkatan daripada Allah SWT.
Turut hadir, Speaker DUN, YB Dato' Abdullah Ya'kub dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato' Panglima Perang, Mohd Nassuruddin Daud.
Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita4ptg
![](https://scontent-dus1-1.xx.fbcdn.net/v/t39.30808-6/335004574_993969344915733_7302913323786875205_n.jpg?_nc_cat=107&ccb=1-7&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=NoS8BmzaNFgAX_kT-xR&_nc_ht=scontent-dus1-1.xx&edm=AJdBtusEAAAA&oh=00_AfCp-HKy6V3uX-3XwpOdGqU1onv5KwsLdh6kLlSnI7SiRQ&oe=64142F49)
![](https://scontent-dus1-1.xx.fbcdn.net/v/t39.30808-6/334967956_183694414408296_4721282328246232582_n.jpg?stp=dst-jpg_p720x720&_nc_cat=111&ccb=1-7&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=cAkV1fildLQAX-w7zhG&_nc_ht=scontent-dus1-1.xx&edm=AJdBtusEAAAA&oh=00_AfCiKLXDssqnd1Gruqb_G_X-wRkdUXntQzS5-9LPfrxzMw&oe=6413E5E4)
![](https://scontent-dus1-1.xx.fbcdn.net/v/t39.30808-6/335227558_692586575944364_5236647759918434072_n.jpg?stp=dst-jpg_p720x720&_nc_cat=111&ccb=1-7&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=FTjDVcskr7wAX85SqVt&_nc_ht=scontent-dus1-1.xx&edm=AJdBtusEAAAA&oh=00_AfCQ0ktyp2O9SRyuJIZ1uNZwVJ8i7_rcGkWkSRif5Lf42A&oe=6413287E)
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-13 07:59:17
#semasa
#semasa
0 Comments