Ticker

6/recent/ticker-posts

Saban tahun, kemasukan anak-anak ke sekolah menjadi fasa yang penuh cabaran bagi ramai ibu bapa. Buk...



Saban tahun, kemasukan anak-anak ke sekolah menjadi fasa yang penuh cabaran bagi ramai ibu bapa. Bukan sahaja perlu memikirkan persediaan akademik anak-anak, tetapi juga isu kewangan untuk membeli barang-barang sekolah yang diperlukan.

Kita tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa terdapat ibu bapa yang terpaksa berdepan dengan masalah kewangan yang serius untuk memenuhi keperluan asas anak-anak mereka. Ini menjadi satu bebanan yang sangat berat untuk ditanggung dan boleh memberikan kesan emosi dan mental yang serius.

Oleh itu, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan mengambil inisiatif untuk menyampaikan bantuan persekolahan kepada 200 orang anak-anak yang bakal memulakan sesi persekolahan kali ini. Dengan peruntukkan RM30,000.00, InsyaAllah kita dapat membantu meringankan sedikit bebanan kewangan ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk membeli barang-barang sekolah yang diperlukan oleh anak-anak mereka.

Alhamdulillah, bantuan persekolahan tersebut telah diadakan di Dewan Dato' Hj. Hassan, Pejabat Khidmat Adun Temangan pada 17 Mac 2023. Turut hadir bersama bonda YB Dato' Dr., (YBhg. Datin Hajah Hasnah Salleh), isteri YB Dato' Dr., (YBhg. Datin Bahrulnurarifah Baharuddin) dan penghulu-penghulu DUN Temangan.

Jangan biarkan anak-anak kita terlepas peluang untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti kerana masalah kewangan. Sama-sama kita berikan mereka peluang yang setimpal dengan bakat dan potensi yang ada.

[Admin]

#temangansejahtera #kelantansejahtera #MerakyatMembangunBersamaIslam

























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-17 01:18:01

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments