Ticker

6/recent/ticker-posts

SENI PENTING UNTUK BENTUK JATI DIRI MASYARAKAT



SENI PENTING UNTUK BENTUK JATI DIRI MASYARAKAT

KOTA BHARU - Seni adalah elemen penting yang mampu membentuk jati diri masyarakat menerusi suara dan karya seniman yang menjadi benteng mempertahankan nilai-nilai murni insaniah untuk bersaing dalam arus global hari ini.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, YB Mejar (B) Dato' Md. Anizam Ab. Rahman ketika berucap merasmikan Malam Apresiasi Puisi Ramadan 2023 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Sabtu lalu.

Katanya, peluang untuk kita berbakti dan beribadah kepada-Nya terbentang luas dan tidak tertakluk kepada hal-hal fardhu ain sahaja.

"Secara khususnya sastera Islam berperanan menyuburkan akliah yang akan menjadi tuas hubungan antara makhluk dan pencipta yang tentunya memberi manfaat kepada semua.

Tahniah kepada Gabungan Penulis Muda Kelantan (GEMA), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur, KIAS dan Majlis Kebudayaan Negeri (MKN) atas kejayaan menjalin komitmen yang tinggi bagi meletakkan sastera Islam di tengah-tengah kebudayaan setempat," katanya.

Pada majlis tersebut, beliau turut mendeklamasi sajak bertajuk Hati Berbicara.

Turut hadir, Pengarah DBP Wilayah Timur, Ketua 1 Gema dan Pendaftar KIAS.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.













(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-16 02:07:45

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments