Ticker

6/recent/ticker-posts

STATUS TERKINI PEMBINAAN JAMBATAN SUNGAI GOLOK, TAKBAI - MENTERI KERJA RAYA KUALA LUMPUR – Status t...






STATUS TERKINI PEMBINAAN JAMBATAN SUNGAI GOLOK, TAKBAI - MENTERI KERJA RAYA

KUALA LUMPUR – Status terkini Projek Menaik Taraf Jambatan Menghubungkan Rantau Panjang, Kelantan Malaysia dan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand yang telah diluluskan dalam Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) adalah di peringkat penyelarasan dan perbincangan teknikal bersama antara Malaysia dan Thailand bagi memuktamadkan rekabentuk jambatan.

Manakala bagi cadangan projek Pembinaan Jalan dan Jambatan Baharu menghubungkan Pengkalan Kubor, Tumpat Kelantan ke Tak Bai, Narathiwat, Thailand (Kerja Awalan & Rekabentuk), Menteri Kerja Raya YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa kementeriannya telah mengangkat cadangan projek tersebut pada Rolling Plan 3 (RP3), RMKe-12 untuk pertimbangan Agensi Pusat.

Kata beliau juga dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff pada persidangan Dewan Rakyat, 22 Februari lalu, kelulusan bagi projek tersebut akan dimaklumkan kemudian selepas perbentangan bajet berdasarkan keutamaan dan kedudukan kewangan negara.

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-06 06:52:50

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments