TELAGA TIUB AIR PANAS TOK BOK PERTAMA DI MALAYSIA
MACHANG – Telaga Tiub Air Panas Tok Bok ialah telaga tiub air panas pertama di Malaysia yang siap dibina pada 25 Disember 2022 oleh Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (JSANK).
Demikian menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Machang (MDM) Nik Mohd Hasanuddin Hussain ketika ditemui sempena lawatan Menteri Besar Kelantan ke Taman Rekreasi Air Panas Tok Bok pada 9 Mac lalu.
Beliau juga berkata, kerjasama dengan pihak JSANK serta Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan (JMG) telah dibuat bagi mendapatkan kualiti dan sumber air baharu di kolam tersebut.
Mengulas lanjut perkara tersebut, Penolong Pengarah Pembangunan JSANK Ir Mohd Fadzli Mustapha memaklumkan telaga tiub yang dibina mempunyai kedalaman 87 meter dengan kadar suhu purata air 42 darjah celcius.
Tambahnya, kaedah pembinaan telaga tersebut pula ialah menggunakan kaedah penggerudian jenis 'air percussion' dengan 'hammer bit' saiz 9.5 inci ke atas struktur tanah jenis batuan granit bagi mendapatkan punca bekalan air panas.
"Melalui kaedah ini, kualiti air adalah jauh lebih baik berbanding dengan sebelumnya kerana sumber air diambil terus daripada punca iaitu daripada batuan granit dan tidak tercemar daripada bendasing lain.
Selain itu sumber air panas baharu ini mengandungi sulfur yang tinggi dan ianya sangat sesuai untuk tujuan perubatan, terutamanya bagi mereka yang mengalami penyakit strok" katanya ketika dihubungi hari ini.
Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita9pg
Kredit foto: JSANK









(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-15 01:20:54
#semasa
#semasa
0 Comments