Tuduhan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) bahawa PAS membawa ideologi radikal dengan mesej berbaur ekstrimisme merupakan tindakan berniat jahat.
Adakah mempertahankan hak beragama dalam negara kini dimomokkan dengan wajah ekstrim?
Adakah bersikap tegas terhadap isu-isu melibatkan kepentingan agama dianggap sebagai suatu tindakan radikal?
Di mana pertimbangan rasional, etika serta bersikap tidak bias dalam sesuatu penilaian yang cukup dititiberatkan oleh seseorang yang pernah berada lapangan akademik?
PAS sentiasa mengamalkan prinsip politik bersemuka sejak awal penubuhannya. Ia terus dipertahan sepanjang masa.
Suatu ketika Kerajaan yang dikatakan meletakkan prinsip madani di hadapan pernah menuduh PAS mengambil dana tajaan syarikat perjudian.
Namun, kemudiannya PAS membuktikan komitmen menutup premis perjudian di salah sebuah negeri di bawah pentadbirannya.
Adakah ini juga termasuk dalam definisi ekstrim oleh Ketua Pengarah J-KOM?
PAS bersikap tegas terhadap perkembangan golongan LGBT, liberalisme serta pluralisme yang bangkit mewajahkan diri sebenar mereka sejak kebelakangan ini.
Malah, PAS juga mengingatkan umat Islam tentang bahaya golongan ini kepada akidah sebagai seorang Muslim.
Adakah pendirian PAS itu juga suatu tindakan radikal?
Kalau begitu, bagaimana pula sokongan besar rakyat terhadap PAS dan Perikatan Nasional dalam PRU yang lalu.
Adakah mereka juga radikal kerana menyokong perjuangan yang dianggap kononnya radikal?
Terlalu banyak jawapan berbanding persoalan yang dibangkitkan. Malangnya, pemikiran golongan sebegini telah cuba mensudutkan PAS sebagai ekstrim dan radikal.
Mereka ternyata meleset kerana dakwaan tersebut hanya suatu ilusi, tiada asas yang kukuh serta jauh daripada realiti di hadapan mata.
Rakyat menilai tindak tanduk Kerajaan pada hari ini. Saya menasihatkan Ketua Pengarah J-KOM agar fokus terhadap tugasan hakikinya.
Ubah mentaliti kepada yang lebih matang ketika kuasa dipundak masing-masing.
Usah menjadi ibarat kata pepatah mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.
YB Dato' Ustaz Haji Ahmad bin Yahaya
Ketua Dewan Ulamak PAS
Ahli Parlimen Pokok Sena

(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-03-07 05:28:51
#pas
#pas
0 Comments