GOLONGAN MISKIN, ANAK YATIM JADI KEUTAMAAN DI BULAN RAMADAN
KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan yang mementingkan kebajikan, amat memandang tinggi keperluan golongan miskin dan anak yatim terutamanya di bulan Ramadan.
Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, golongan anak yatim dan asnaf tidak dipinggirkan di Kelantan.
Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa cakna kebajikan golongan tersebut dengan memberi sumbangan bantuan kewangan, pakaian, fasiliti dan pendidikan, saban tahun.
"Mana-mana pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dialu-alukan untuk memberikan sumbangan kepada golongan ini supaya dapat memberi contoh kepada generasi yang akan datang demi kesejahteraan masyarakat di Kelantan," jelasnya selepas Majlis Pengurniaan Bantuan Anak Yatim dan Bantuan Kemiskinan Sumbangan Yayasan Sultan Kelantan (YSK) di Dewan Utama Tengku Kaya Pahlawan, Kompleks Jubli Perak, Sultan Ismail Petra, semalam.
Tambahnya, sumbangan seumpama itu dapat meringankan beban golongan asnaf dan anak yatim dalam menghadapi bulan Ramadan dan persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Sementara itu, 150 penerima bersyukur dan menjunjung kasih menerima kurniaan KDYMM Sultan Muhammad V dan DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.
#ViraliyatBerita1ptg
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-06 05:00:02
#semasa
#semasa
0 Comments