Ticker

6/recent/ticker-posts

JKR SEDIA LENCONGAN, ELAK KESESAKAN LALU LINTAS KOTA BHARU – Hasil tinjau Media UPKN berkaitan isu ...



JKR SEDIA LENCONGAN, ELAK KESESAKAN LALU LINTAS

KOTA BHARU – Hasil tinjau Media UPKN berkaitan isu penutupan jalan di Gua Musang, menemui jawapan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan IR Mohd Suhaili Ismail menjelaskan, laluan jalan persekutuan FT2747 dari simpang hospital sehingga jambatan Taman Damar di Gua Musang terpaksa ditutup kepada orang ramai akibat kerja-kerja menaik taraf jalan sedia ada yang melibatkan kerja-kerja cerucuk jambatan dan sebagainya.

Katanya, JKR sudah mengambil kira kesulitan pengguna dengan menyediakan jalan lencongan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan risiko kemalangan di lokasi pembinaan.

Penyediaan lencongan bermula dari Simpang Kampung Pulai ke Simpang IPD Gua Musang selamat digunakan.

"Melalui pengurusan tertinggi JKR, kita telah bersedia lebih awal dengan beberapa inisiatif agar kesesakan lalu lintas tidak berlaku lebih teruk akibat daripada "bottle neck" di tempat pembinaan selepas lampu isyarat Taman Wangi.

Apa yang kita buat sekarang, kereta dari arah luar terpaksa dilencongkan sebelum memasuki kawasan pembinaan bagi mengelakkan risiko kesesakan yang lebih teruk selain faktor keselamatan pengguna," katanya ketika ditemu bual di pejabatnya, hari ini.

Selain itu, pihak JKR telah bersedia lebih awal bagi menghadapi situasi seperti itu dengan menaik taraf jalan dan melebarkan jalan lencongan terbabit dan telah pun siap pada akhir Disember tahun 2021.

Terdahulu, Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dahulunya dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) adalah projek berimpak tinggi JKR Malaysia demi keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya.

Antara ojektif utama pembinaan laluan tersebut adalah untuk menyediakan infrastruktur berkualiti di luar bandar, meningkatkan aksesbiliti dan mobiliti laluan ke Pantai Timur serta menjimatkan masa dan jarak perjalanan.

"Kita memahami rungutan dan pandangan penduduk setempat.
Tetapi projek ini perlu diteruskan dan perlu disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

Perbincangan bersama PDRM Gua Musang, Majlis Daerah dan JKR jajahan akan dibuat pada minggu hadapan.

Keputusannya akan diambil dan ditambah baik bagi memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya," jelasnya.

Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.

#ViraliyatBerita4ptg



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-06 08:20:13

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments