KEMERIAHAN RAMADAN DI BAWAH PENTADBIRAN PAS
"Solat tarawih 8 rakaat di Madinah Ramadan tidak rasa penat walaupun dilakukan 12 minit untuk 2 rakaat. Kita rasa tenang, tidak terkejar-kejar. Selepas 4 rakaat ada tazkirah oleh penceramah-penceramah hebat. Subhanallah." -Pengunjung Madinah Ramadan
"Suka sangat disini. Sukarelawan dari kalangan anak muda yang baik-baik semuanya. Banyak sangat membantu. Lagi-lagi ada tempat permainan dan penjagaan anak-anak. Siap ada yang tolong jagakan. Ibu ayah lebih tenang solat insya-Allah." -Pengunjung Madinah Ramadan
Madinah Ramadan memang sudah tidak asing lagi bagi negeri Kelantan dan Terengganu. Ia sentiasa mendapat sambutan dari tahun ke tahun.
Alhamdulillah ramai masyarakat mendapat manfaat daripada program Madinah Ramadan yang diadakan.
Suasana bersila menikmati juadah, iftar serta beribadah bersama memberikan suatu perasaan gembira yang pasti sukar untuk dilupakan.
Kemudahan lengkap telah disediakan oleh pihak penganjur untuk orang ramai berbuka puasa, tarawih serta beribadah dengan selesa termasuk ruang bermain untuk kanak-kanak.
Peniaga juga mendapat manfaat apabila diberi peluang menjual di bazar berdekatan di samping memudahkan pengunjung medapatkan makanan untuk berbuka.
Pengisian-pengisian menarik disusun, penceramah-penceramah hebat dijemput. Beruntung rakyat Kelantan dan Terengganu dihidangkan dengan majlis ilmu sebegini.
Kedah turut tidak ketinggalan dengan mengadakan program Qaryah Ramadan yang dilancarkan pada 6 April lalu. Program ini diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk tadarus al-Quran, tazkirah Ramadan dan Himpunan Muslimat.
Ramai pengunjung menzahirkan rasa syukur dan teruja dengan adanya tempat dan aktiviti untuk mengisi Ramadan mereka.
Benarlah, pemimpin memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat. Terima kasih kerajaan negeri atas inisiatif yang digerakkan.
Tahniah juga kepada rakyat Kelantan, Terengganu dan Kedah yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memeriahkan suasana Ramadan di negeri masing-masing.
Semoga Allah menerima segala amal kita dan menyuburkan lagi negeri barakah ini di bawah pentadbiran Islam.
MOHAMAD KAMAL MOHAMED
Ketua Pemuda PAS Kelantan
13 April 2023
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-14 07:28:04
#pas
#pas
0 Comments