Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa cakna dan prihatin dengan setiap keluhan rakyat yang berdepan dengan kemelut ekonomi sekarang.
Pelbagai bantuan Skim Kebajikan Kelantanku Cakna disalurkan kepada rakyat adalah bertujuan untuk meringankan beban mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri 2023.
Alhamdulillah, hampir RM150,000.00 telah disampaikan oleh YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan dan ADUN Temangan kepada 990 penerima di DUN Temangan, Machang.
Sumbangan yang berbentuk kewangan tunai ini diagihkan secara one-off kepada golongan yang layak terdiri daripada armalah, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim.
Semoga sumbangan ini dapat memberikan makna yang besar buat para penerima dan dapat mengukir senyuman serta keceriaan saat menjelang lebaran tahun ini. InsyaAllah.
[Admin]
-Infografik Kelantanku Cakna Dun Temangan
#MerakyatMembangunBersamaIslam #TemanganSejahtera #SejahteraBersamaIslam #KelantanCakna
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-19 01:40:08
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments