Kitab Riyadus Solihin ialah sebuah kitab yang sangat berkat dan ilmu yang terkandung dalamnya juga sangat berkat, ditulis oleh seorang ulama' yang meninggalkan keberkatan kepada umat Islam. Sehinggakan, para ulama' Asya'irah, Maturidiyyah, Wahhabi, dan Salafi mengiktiraf keilmuan Imam al-Nawawi RH.
Ini suatu perkara yang sangat menarik kerana karya beliau dibaca oleh semua aliran ulama'. Ulama' yang berselisihan pendapat membaca kitab Imam al-Nawawi RH, sama ada kitab fiqah mahupun kitab hadis yang dikarang khusus oleh beliau iaitu Riyadus Solihin.
Kitab Riyadus Solihin mengumpulkan hadis-hadis yang berkaitan dengan akhlak atau moral dan segala aspek yang lain. Riyadus Solihin bererti 'Kebun-kebun bagi Orang-orang yang Soleh.'
Hadis berfungsi mentafsirkan al-Quran al-Karim dan mentafsirkan hadis-hadis yang lain, dengan keseluruhan hadis dalam kitab Riyadus Solihin merupakan hadis yang sahih atau hasan, yakni hadis yang boleh dijadikan hujah. Jika terdapat hadis-hadis daif yang mendukungnya, ia termasuk dalam kategori targhib dan tarhib, menggalakkan untuk beramal. la dibenarkan oleh para ulama'.
Besar harapan saya agar buku Pesan-Pesan Iman ini akan memberikan manfaat kepada para pembaca, termasuk mereka yang menyampaikan kuliah dan mendengar supaya menjadi ilmu yang memberikan manfaat.
Moga ilmu yang terkandung dalam karya kali ini dimanfaatkan oleh semua pihak untuk menjadi bekalan sebagai makanan roh dan akal. Agar kemudiannya, ia mengarahkan jasad untuk mengerjakan amal soleh yang menjadi bekalan di dunia hingga akhirat yang kekal abadi.
Mudah-mudahan, usaha ini diterima oleh Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala buat diri saya, ibu bapa saya yang telah meninggal dunia, dan rakan-rakan yang berkhidmat untuk menyempurnakan usaha yang murni ini. Saya berharap agar semua dikurniakan keikhlasan oleh Allah SWT.
Dapatkan buku 𝗣𝗲𝘀𝗮𝗻-𝗣𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗜𝗺𝗮𝗻 di sini:
https://yup.la/HealingWithHadith
#PesanIman
#HealingWithHadith
#PermataUmmah
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-04 10:28:13
#pimpinan
#pimpinan
0 Comments