MAJLIS TADARUS, KHATAM AL-QURAN WADAH TERBAIK BANGUNKAN BELIA
KOTA BHARU - Seramai 600 belia dan beliawanis menyertai Majlis Tadarus, Khatam Al-Quran dan Iftar Anok Mudo Kelate 2023 anjuran Urus setia Belia, Sukan dan NGO negeri Kelantan (UBeS).
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Wan Roslan Wan Hamat berkata, sesungguhnya program tersebut adalah bukti komitmen berterusan Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan agenda pembangunan muda Kelantan berorientasikan nilai kerohanian.
"Penganjuran Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran ini merupakan wadah terbaik bagi membangunkan belia yang cemerlang dan unggul dalam perlbagai aspek menerusi penghayatan terhadap Al-Quran," jelasnya sewaktu merasmikan majlis di Dewan Besar Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Sabtu lalu.
Ceramah Ramadan disampaikan oleh Panel Rancangan TV Al Hijrah, Ustaz Syakirin Yuslan.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, YB Zuraidin Abdullah dan Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan, Hazri Nizam Zakaria.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita9pg2
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-17 01:39:48
#semasa
#semasa
0 Comments