Minda Presiden
SELUANG YANG TIDAK BOLEH DIPANCING
Kini kita juga menyaksikan kebendaan yang sedang merosakkan pemimpin dan rakyat. Menyebabkan merebaknya penyakit rasuah bermula dalam soal pentadbiran sehinggalah ke dalam parti politik yang memerintah negara yang dipengaruhi politik wang.
Sehinggakan, negara ditadbir secara rasuah, memilih pemimpin dengan membeli mereka dan membeli sokongan rakyat oleh kalangan penyumbang rasuah yang kaya-raya dengan amalan rasuah juga. Termasuklah kerajaan Pakatan Harapan terkini yang dibentuk oleh penyumbang rasuah bersama perpaduan dengan kalangan mereka yang berpenyakit rasuah.
Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, mantan Mursyid 'Am telah mendidik rakyat Kelantan dengan kata-katanya yang terkenal:
"Bagi gula kacau, bagi kain pakai, bagi duit ambil, namun tetap undi bulan (PAS)."
Laksana seluang yang memakan umpan, lalu meninggalkan mata pancing yang kosong.
Termasuk golongan perantauan yang pulang menggunakan kenderaan dan tiket yang diumpan, sehingga terpaksa memasang bendera parti lawan yang menyumbang duitnya, tetap tidak boleh dipancing undinya.
Bersama slogan ini PAS berjaya menawan Kelantan dan mempertahankannya sehingga berjaya menawan Terengganu dan Kedah, serta akhirnya Perlis. PAS berjaya menegakkan sebuah kerajaan yang bersih daripada penyakit rasuah, walaupun terbatas kewangannya namun tetap teguh memerintah.
Tidak lama lagi Pilihan Raya Negeri akan diadakan yang menjadi ujian keinsafan sebagaimana yang telah dibuktikan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang lalu. Sekalipun, anak muda yang dianggap mentah belum sempurna pelajarannya, tetapi meletakkan akalnya dijunjung di kepala menegakkan maruah agama, umat dan negara mengikut acuan Allah dengan meletakkan harga diri manusia berpandukan akal dan kebijaksanaannya tidak boleh dibeli dan ditipu dengan mudah.
Baca selanjutnya:
https://www.facebook.com/100044222510324/posts/792107518939991/?d=w&mibextid=qC1gEa
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-27 01:20:54
#pas
#pas
0 Comments