RAKYAT DISERU BERSOLAT HAJAT, PEKA KEMARAU MELAMPAU - MB
TANAH MERAH - Musim kemarau yang melampau akibat cuaca panas berpanjangan menyebabkan banyak kes kebakaran berlaku.
Sehubungan itu, Menteri Besar YAB Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob
menyeru rakyat Kelantan memperbanyakkan istighfar dan berdoa kepada Allah SWT serta mengambil peluang untuk solat hajat di rumah masing-masing.
"Kita menyarankan para imam melaksanakan solat hajat di masjid atau surau di seluruh negeri Kelantan memohon agar hujan dapat turun pada kadarnya demi kesejahteraan bumi dan seluruh penduduk," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Taman Barakah Bukit Panau, semalam.
Katanya lagi, rakyat perlu peka terhadap perubahan cuaca yang terlalu panas yang berlaku akibat peralihan monsun dan dijangka berterusan hingga Ogos 2023.
"Berikutan keadaan tersebut telah menyebabkan kemarau yang berpanjangan dan memusnahkan tanaman pertanian," jelasnya.
Beliau juga menghulurkan sumbangan segera kepada keluarga Mat Zin Awang, mangsa kebakaran di Kampung Chat Rimau, Tanah Merah.
Turut sama menyampaikan bantuan, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, YB Dato' Abdul Fattah Mahmood yang juga ADUN Bukit Panau.
Ikuti berita dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita1ptg
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-26 05:49:00
#semasa
#semasa
0 Comments