Ticker

6/recent/ticker-posts

TEK-C KELANTAN GUNA TENAGA SOLAR



TEK-C KELANTAN GUNA TENAGA SOLAR

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan inovasi beca baharu menggunakan tenaga solar.

Beca itu dinamakan Tek-C dan akan ditempatkan di Laman Warisan Kampung Laut.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan, Mejar (B) Dato' Md Anizam Ab Rahman berkata, penggunaan Tek-C bertenaga solar sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan beca merupakan usaha kerajaan negeri dalam melestarikan industri pengangkutan beca yang menjadi warisan rakyat Kelantan.

Menurut beliau, pengayuh beca yang bernaung di bawah Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan sentiasa diberikan bantuan setiap tahun sejak lima tahun yang lalu.

Tambahnya, bantuan diberikan pada siri ini berjumlah RM600 setiap seorang dan bakul makanan berjumlah RM150 bagi meraikan golongan pengayuh beca yang telah mencurahkan bakti kepada sektor pelancongan negeri Kelantan.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Bantuan Sara Hidup Siri 1 2023 di Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan, Kota Bharu, semalam.

Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.

#Viraliyat4ptg











(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-12 09:38:04

#semasa

#semasa

Post a Comment

0 Comments