ANAK SABAH SELESA TINGGAL DI KELANTAN
KOTA BHARU – "Tahun ini sudah masuk dua tahun saya betugas sebagai Pengarah di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan, saya rasakan satu kelainan berada di sini kerana berasa lebih tenang dan selesa dengan budaya dan kehidupan masyarakat di sini yang orangnya baik-baik."
Demikian menurut Pengarah JBPM Negeri Kelantan YS PPjB Zainal Madasin yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan telah berkhidmat selama 37 tahun dalam JBPM.
"Saya juga berasa terharu dengan Kelantan yang dikenali sebagai Negeri Serambi Mekah dan saya ilhamkan mercu tanda Kelantan sebagai poster latar belakang di pejabat saya," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Tunjung, semalam.
Menurut beliau juga, sepanjang berada di Kelantan, cabaran menghadapi banjir dengan kerjasama bersama agensi-agensi lain dan Kerajaan Negeri dapat memudahkan lagi kerja-kerja di pihak JBPM.
Ikuti berita selanjutnya dalam Buletin Darulnaim.
#ViraliyatBerita9pg
(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-04-12 01:02:07
#semasa
#semasa
0 Comments