Ticker

6/recent/ticker-posts

Al-Quran mengandungi perkara dasar dan hukum dari segi aqidah, syariat dan akhlak, termasuklah cerit...



Al-Quran mengandungi perkara dasar dan hukum dari segi aqidah, syariat dan akhlak, termasuklah cerita pada zaman dahulu dan saat berlakunya Hari Kiamat nanti.

Segala perkara yang terkandung dalamnya adalah benar tanpa diragukan sedikit pun, kerana semuanya datang daripada Allah SWT.

Kesempurnaan petunjuk al-Quran yang dinamakan dengan Islam itu ditegaskan oleh Allah SWT, sehinggakan ia tidak mampu dicabar lagi oleh seluruh agama dan ajaran yang lain.

Oleh itu, umat Islam tidak lagi berhajat kepada petunjuk yang lain daripadanya dalam segala urusan kehidupan mereka.

Jika ada persamaan sekalipun, perkara tersebut hanyalah kebetulan secara fitrah sahaja.

Akan tetapi, secara asasnya tidak sekuat Islam yang datang daripada Allah SWT.

[Kuliah Duha Jumaat, 21 Syawwal 1444H]

























(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-12 13:02:47

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments