Ticker

6/recent/ticker-posts

COVID SEMAKIN PULIH, RAKYAT MASIH TENAT Kesan pandemik Covid-19, ramai yang hilang kerja. Hari Peke...



COVID SEMAKIN PULIH, RAKYAT MASIH TENAT

Kesan pandemik Covid-19, ramai yang hilang kerja. Hari Pekerja menjadi cuti yang muram. Ada syarikat yang gulung tikar. Keluarga hilang sumber pendapatan.

Mujur, inisiatif yang dibuat kerajaan zaman kegawatan itu banyak membantu rakyat memiliki tunai dalam tangan. Banyak syarikat yang hampir jatuh, diselamatkan.

Namun keadaan hari ini menjadi makin parah pula apabila Covid telah beransur pergi dan memulih. Masih ada rakyat yang belum stabil ekonomi mereka, bahkan yang kembali bekerja juga tidak cukup makan.

Mana tidaknya jika rakyat masih bergelut dengan purata gaji yang rendah dan masih ramai dibayar pada kadar yang paling minimum.

Berdasarkan laporan tahunan BNM pada 2017, gaji kehidupan wajar bagi seorang bujang di bandar adalah sebanyak RM2700, berpasangan RM4500 dan pasangan dengan dua anak sebanyak RM6500.

Namun hari ini masih ramai pekerja yang dibayar pada kadar gaji minimum RM1500. Bagaimana golongan seperti ini ingin menyara keluarga? Untuk diri sendiri pun sudah tidak wajar.

Walhal harga barang naik dengan drastik. Kesan pandemik inflasi memuncak naik. Kesannya masih dirasa sehingga hari ini. Namun penyelesaian kepada masalah ini masih samar. Masih tiada kelihatan apa yang kerajaan hari ini cuba usahakan.

Hutang masih perlu dibayar, komitmen semakin bertambah. Ada yang sampai terpaksa buat 2 ke 3 kerja sehari. Hilang masa kualiti dengan keluarga.

Jika ketika berlakunya kegawatan di awal Covid-19 dulu kerajaan yang ada mampu berhempas pulas selamatkan rakyat dan negara, sudah pasti kerajaan hari ini patut lebih dari mampu untuk memberi penyelesaian yang lebih membumi dan memenuhi keperluan rakyat.

Dahulu, apa yang kerajaan PN pernah buat?

Rakyat tak mampu bayar hutang, kerajaan beri moratorium bayaran balik pinjaman. RM19.3 bilion dimanfaatkan sektor perniagaan, RM35.9 bilion dimanfaatkan rakyat.

Rakyat hilang kerja dan tiada duit belanja, kerajaan bagi bantuan prihatin Nasional (BPN).

Peniaga tiada hasil jualan, syarikat hampir gulung tikar, kerajaan sediakan Geran Khas Prihatin berjumlah RM 1.64 bilion. 545,000 PKS mikro dapat manfaat.

Pekerja tiada gaji, kerajaan bagi inisiatif Program Subsidi Upah. RM6.82 bilion jumlah bayaran kepada 2.49 juta pekerja.

Tidak henti-henti inisiatif daripada kerajaan disalurkan untuk rakyat bertahan dan keluar daripada kemelut yang berlaku. Bukan alasan demi alasan dan saling menyalahkan.

Rakyat bekerja untuk ekonomi dan pembangunan negara, tetapi rakyat masih miskin dan susah di negara sendiri. Sama ada di sektor awam mahupun swasta.

Paling tidak buat masa sekarang rakyat mengharapkan kerajaan sudi menyemak semula dan memperbaharui kadar gaji minimum dan gaji yang lebih wajar dengan kos hidup masa kini.

Menteri Ekonomi pernah menjanjikan hal tersebut sebelum PRU-15. Buktikan tebu tidak ditanam di tepi bibir.

ABDUL BASITH ABDUL HALIM
Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor
5 Mei 2023

#BersihdanStabil
#PNBEST



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-05 02:04:30

#pas

#pas

Post a Comment

0 Comments