Ticker

6/recent/ticker-posts

Setiap pagi apabila keluar rumah untuk ke tempat kerja, mulakan hari dengan berniat mencari rezeki k...



Setiap pagi apabila keluar rumah untuk ke tempat kerja, mulakan hari dengan berniat mencari rezeki kerana Allah SWT. Bekerja dengan niat kerana Allah akan dikira sebagai ibadat. Semua usaha kita pada hari itu akan dihitung sebagai pahala. Sekiranya semasa bekerja kita membantu memudahkan urusan orang ramai, ia juga dikira sebagai pahala.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Jika solat ditunaikan, maka bertebaranlah kalian di muka bumi, carilah kurniaan Allah, dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kalian beruntung." (Surah al-Jumu'ah, ayat 10)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia akan datang pada hari kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama."
(Hadis riwayat al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman, 9890 dan al-Tabarani dalam Musnad al-Syamiyyin, 3465)



(Feed generated with FetchRSS) ...
-Baca seterusnya...
2023-05-01 02:00:34

#pimpinan

#pimpinan

Post a Comment

0 Comments