Ticker

6/recent/ticker-posts

Akhlak yang dicemburui musuh

 


Perangai pendokong PAS ini adakalanya boleh membuatkan musuhnya mati akal untuk mencari salahnya.

Sangka musuh, jika doa kebinasaan terhadap pimpinan PAS dihambur keluar, ahli PAS akan mengamuk. Sebaliknya, ahli PAS masih tenang menguruskan kemarahan mereka.

Sangka musuh, jika pimpinan PAS dianiaya dan dimalukan dengan tuduhan pramatang, ahli PAS akan marah dan turun ke jalanan. Sebaliknya tidak pula berlaku demikian.

Musuh pun buntu sudah memikirkan bagaimana mahu mempotretkan wajah ganas ke atas ahli PAS, supaya ada alasan untuk melabel PAS pengganas.

Ahli PAS sudah dididik dengan jiwa tenang. Tenangnya ahli PAS, mereka mudah untuk memaafkan kesalahan manusia yang berdekad lamanya pernah memusuhi dan mengekang mereka.

Tenangnya ahli PAS, tatkala bekas ahli yang memusuhinya ditimpa musibah, mereka bermurah hati mendoakan untuk kesihatannya.

Itulah ahli PAS, tenang bila hidup atas suluhan agama, bukan bernafsukan dunia.

#ppakatpertahan #kelantanmesrasantunirakyat #KelantanMajuRakyatSejahtera #mediapoint

Post a Comment

0 Comments