MACHANG – Kerajaan Madani pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai kerajaan ‘kakistokrasi’ yang dipenuhi dengan segala kegagalan termasuk urusan perkembangan ekonomi negara.
Bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berkata pentadbiran sekarang tidak idealistik dalam menjamin kestabilan rakyat terutamanya melibatkan perkara berkaitan ekonomi.
Katanya, Menteri berkenaan juga dilihat sebagai hanya bijak bercakap tetapi tiada perancangan yang lebih esfisyen untuk memacu pembangunan ekonomi mampan
“Contoh, Rafizi (Menteri Ekonomi Rafizi Ramli) bila rakyat tanya berkenaan kenaikan OPR (Overnight Policy Rate), jawapan dia hanya mudah, tanya Bank Negara.
“Paling teruk ialah bila ditanya tentang kejatuhan nilai ringgit, boleh dia jawab sebab pelabur takut kerana adanya persepsi nak jatuhkan Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika berucap pada Majlis Jelajah Ceramah Ppakat Pertahan DUN Pulai Chondong.
Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata kekurangan pelabur ke negara ini adalah berpunca daripada sikap pemimpin Kerajaan Perpaduan itu sendiri.
“Setiap hari menceritakan masalah rasuah, hutang negara yang dianggarkan berbilion ringgit, serta masalah kegawatan ekonomi,” katanya.
Tambahnya, kenyataan-kenyataan sedemikian sebenarnya memberi gambaran buruk imej negara selain menyebabkan pelabur takut untuk datang melabur di negara ini.
0 Comments