KOTA BHARU – Kelantan direkodkan sebagai negeri yang mempunyai paling banyak Tanah Rizab Melayu iaitu 95.5 peratus dan jumlah keseluruhan keluasannya sehingga Mei 2023 adalah 1,427,889 hektar sebagaimana laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri Kelantan.
Ini membuktikan bahawa Kelantan di bawah pentadbiran Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sentiasa menjaga kepentingan hak orang Melayu. Perkara ini berbeza dengan negeri-negeri lain yang diterajui oleh Parti UMNO-DAP yang kebanyakannya mempunyai Tanah Rizab Melayu kurang 50 peratus.
Penyelidik dan Penulis Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia Zaharah Sulaiman, turut menyatakan bahawa Kelantan dan Terengganu adalah negeri yang terbaik dalam menjaga Tanah Rizab Melayu kerana kerana tidak diusik malah sentiasa dijaga dan menambah lagi keluasan tanah rizab Melayu.
“Bagi negeri-negeri lain ada yang tinggal 9, 10, 12 dan 30 peratus sahaja dan perkara ini sangat menyedihkan,” katanya.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Mohamad Kamal Mohamed juga berkata, Ketegasan dan kesungguhan Kelantan menjaga hak mutlak orang Melayu ini mesti dipertahan. Jangan sampai orang Melayu tidak mempunyai tanah di tanah air sendiri.
Tambahnya, kegiatan pengambilan tanah di Kelantan sama ada melalui penjualan atau penggadaian tanah petani tidak banyak melibatkan golongan pemodal dan pedagang bukan Melayu.
Malah beliau berkata, jika dibandingkan dari sudut penguatkuasaan, pelaksanaan Enakmen Tanah Kelantan 1938 adalah lebih berkesan berbanding negeri lain di mana mengikut enakmen tersebut hanya anak Kelantan sahaja boleh memiliki tanah dan rumah di Kelantan.
UMNO yang dulunya sangat hebat melaungkan slogan “Hidup Melayu” bagaikan menang sorak kampung tergadai apabila hakikatnya tiada apa-apa yang istimewa bagi orang Melayu malah tanah yang dipijak pula menjadi milik asing.
0 Comments