Ticker

6/recent/ticker-posts

Kelantan selesaikan isu bekalan air berperingkat, beri peruntukan sama rata kepada ADUN pembangkang


Hari ini selesai mesyuarat exco Kerajaan Negeri Kelantan. Berikut merupakan rangkuman secara kasar halatuju peringkat awal pentadbiran kerajaan negeri:

1. Tekad kerajaan negeri Kelantan kini akan mengutamakan penyelesaian masalah air secara berperingkat.

2. Sektor ekonomi akan diperkukuhkan melalui infrastruktur terutama pelabuhan, jaringan lebuh raya Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selain meningkatkan sumber asli terutama mineral.

3. PRN sudah selesai isu-isu politik diketepikan. Menteri Besar Kelantan akan mengadakan kunjungan hormat bersama Perdana Menteri dalam masa terdekat.

4. Janji kerajaan negeri untuk memberikan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk pembangkang. 

"Kita akan berlaku adil kepada semua wakil rakyat tidak kira kerajaan atau pembangkang kerana mereka dipilih oleh rakyat."

#MediaPoint

Post a Comment

0 Comments