Ticker

6/recent/ticker-posts

Kira Detik 1 Hari : Sek Kito Jange Pecoh!

Sek Kito Jange Pecoh!

1) Kepada rakyat Kelantan yang bakal mengundi, siapa yang akan dipangkah esok bukanlah sekadar rutin sebagaimana kebiasaan,  membuat pilihan  calon-calon  yang mewakili mana-mana parti mahupun gabungan yang disokong.

2) Ia akan  menjadi terjemahan  pendirian dan hasrat politik  rakyat negeri ini terhadap kelangsungan kepimpinan   negara hari ini. Ini adalah peluang terbaik untuk rakyat Kelantan menzahirkan kecerdikan dan kematangan politik demi survival bangsa Melayu Islam.

3) Rakyat Kelantan adalah pelopor perubahan politik bangsa Melayu Islam yang memulakannya sejak 33 tahun lampau. Sejarah yang tercatat itu diakui sendiri Tun Mahathir di Stadium Sultan Muhammad IV selaku mantan Presiden UMNO paling lama menjadi Perdana Menteri.

4) Jalan bagaimana untuk melakukannya dalam PRN kali ini telah ditunjuk  oleh  mantan tokoh besar Umno Kelantan iaitu Tan Sri Annuar Musa. Tidak perlu masuk PAS, tidak perlu keluar UMNO,  apa yang penting jangan sekali-kali beri undi kepada PH BN.

5) Buatlah pilihan tepat, kerana dengan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat yang dimiliki kerajaan PH BN sekarang, tidak mustahil akan berlaku perubahan jumlah kerusi dan persempadanan yang mungkin  tidak lagi akan memihak kepada bangsa Melayu Islam.

6) Jangan kerana terlalu ghairah mengejar untung yang sekarung, akhirnya kita rugi seguni. Berpolitiklah dengan bijak, cukuplah riuh-rendah menang sorak tapi kampung sudah pun tergadai. 

7) Selamat melaksanakan kewajipan mengundi, inshaAllah pengorbanan kalian besar nilainya untuk kelangsungan pemerintahan sedia ada.

Post a Comment

0 Comments