Ticker

6/recent/ticker-posts

Pondok Kelantan Teguh Bersama PAS


KOTA BHARU – Guru pondok seluruh Kelantan menyatakan sokongan penuh kepada PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

Setiausaha Persatuan Jabbah Pondok Negeri Kelantan, Ahmad Shairozi Atiqullah, berkata guru-guru pondok Kelantan berpegang teguh pada asas dan prinsip kepimpinan Islam yang dibawa PAS sejak memerintah Kelantan selama 33 tahun lalu.

“Kami menolak prinsip kepimpinan bertentangan dengan landasan Islam yang boleh mendatangkan keburukan dan mudarat kepada rakyat dan negara," katanya dalam sidang media di Pasir Tumboh, di sini semalam.

Sehubungan itu, dia menyeru seluruh umat Islam agar memilih pemimpin yang berintegriti dalam melaksanakan dasar-dasar kepimpinan Islam.



Katanya, pondok-pondok Kelantan juga berdiri teguh di belakang PAS dalam memperjuangkan segala tuntutan Islam dapat dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara.

Semasa menjawab soalan sekiranya pemerintahan kerajaan Kelantan bertukar tangan kepada parti lain Ahmad Shairozi berkata pihak pondok tidak terikat kepada mana-mana parti politik.

“Kami akan hanya terus menyokong parti yang memperjuangkan Islam,” ujarnya.

Post a Comment

0 Comments