Ticker

6/recent/ticker-posts

Kira Detik 8 Hari: UMNO Kelantan Lumpuh!



KOTA BHARU: Kalau di ambil kira latarbelakang prestasi, kedudukan UMNO Bahagian Ketereh dalam dalam era pemerintahan PAS Kelantan bolehlah dianggap paling terkehadapan berbanding lain-lain bahagian di negeri ini.

Sebahagian besar pencapaian yang disumbangkan oleh mantan ketuanya Annuar Musa yang  menyertai PAS setelah di pecat keahliannya oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi.

Annuar yang menyertai kabinet sejak zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri (PM)  4 kerajaan BN dan kali terakhir  bersama kabinet Ismail Sabri PM 9 sehinggalah Parlimen dibubar untuk PRU15 November tahun lalu.

Tindakan Zahid mencantas mantan Setiausaha Agung UMNO Malaysia  itu ternyata telah mendatangkan mudarat yang terlalu besar kepada UMNO, bukan sahaja di Ketereh tetapi juga  Kelantan. 



Annuar yang dianggap ikon oleh ahli-ahli UMNO negeri ini selama puluhan tahun kini menjadi ancaman utama kepada hasrat UMNO mempertahankan kemenangan lapan kerusi Dun dalam PRU 14.

Malam ini, Presiden PAS, bersama Setiausaha Agungnya akan berceramah di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) yang turut menempatkan pejabat UMNO Bahagian Ketereh.

Md Alwi mantan Ketua Pembangkang Dun Kelantan sesi 2018 -2023E yang mengganti Annuar sebagai Ketua Bahagian  tidak bertanding PRN kali ini. 



Ironinya, Md Alwi sebelum ini dijadual akan berceramah di Kg Aril, Pauh Lima dalam Dun Melor malam ini bersama Afiq Amni.

Perkembangan terbaru isu keluar UMNO ini boleh diikuti secara langsung menerusi link dibawah:

FACEBOOK - https://fb.watch/mcJpjb9m8_/ 
YOUTUBE - https://youtube.com/live/qprsYGCGFZI 

Post a Comment

0 Comments