Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 10 pada 1999 bagi negeri Pulau Pinang diperingkat Parlimen, Barisan Nasional (BN) memperolehi 6 kerusi, DAP 4 Dan ADIL 1.
Untuk kerusi DUN pula BN menang 30, diikuti DAP 1, ADIL 1 Dan PAS 1. Ketika itu, Ketua Menteri Pulau Pinang adalah Koh Tsu Koon dari GERAKAN, parti komponen BN.
Faktor Anwar Ibrahim gagal membentuk momentum yang membantu Projek Tanjung I DAP untuk menguasai Pulau Pinang
Pada PRU 11 yang diadakan tahun 2004, BN Pulau Pinang semakin cemerlang apabila menguasai 9 kerusi Parlimen, diikuti DAP 3 Dan PKR 1 kerusi.
Di peringkat DUN, BN menang 38 kerusi dengan komposisi kaum 22 Cina, 14 Melayu dan 2 India, manakala DAP dan PAS masing-masing 1 kerusi.
Menjelang 2008, ekoran pengaruh Tun M yang berkrisis dengan kerajaan BN pimpinan Abdullah Badawi telah berlaku suatu anjakan keputusan peralihan undi yang besar.
Dalam PRU 12 tersebut, Pulau Pinang terlepas dari tangan BN apabila parti komponen tersebut hanya berjaya mengekalkan 2 kerusi Parlimen, DAP melonjak kepada 7 Dan PKR 4.
Di peringkat DUN, BN hanya mampu menang 11 kerusi yang kesemuanya dari UMNO manakala GERAKAN hilang kesemua 26 kerusi yang diwakilinya sebelum itu.
DAP yang menang 19 kerusi telah membentuk kerajaan negeri bersama PKR 9 kerusi Dan PAS 1 kerusi. Lim Guan Eng dari DAP dilantik Ketua Menteri.
DAP, PKR dan PAS yang membentuk gabungan politik dinamakan Pakatan Rakyat (PR) kemudiannya meneruskan penguasaan di Pulau Pinang dalam PRU 13 pada tahun 2013.
PR menerusi DAP dan PKR menang 10 kerusi Parlimen di negeri itu manakala BN hanya 3 kerusi sahaja.
Di DUN pula PR menang 31 kerusi dan BN hanya 10 kerusi yang kesemuanya dari UMNO. GERAKAN masih gagal menang kesemua kerusi yang ditandinginya di negeri itu.
Setelah PAS terkeluar dari PR pada 2015, DAP dan PKR telah membentuk gabungan baharu yang dinamakan Pakatan Harapan (PH) dan mengambil Parti Amanah Negara (PAN) sebagai komponen baru.
PH-PPBM telah berjaya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan dan PH telah menyumbang 11 kerusi Parlimen dari Pulau Pinang.
PH Pulau Pinang menang 11 kerusi Parlimen kesemuanya, 7 menerusi DAP dan 4 PKR, BN hanya menang 2 kerusi dari 13 yang ditandingi dan PAS gagal tanpa sebarang kerusi.
Di peringkat DUN pula, PH-PPBM meneruskan penguasaan dengan memenangi 37 kerusi menerusi DAP 19, PKR 14, PAN 2 dan PPBM juga 2 kerusi.
BN menerusi UMNO menang 2 dari 40 kerusi ditandingi manakala PAS hanya menang 1 dari 21 kerusi. GERAKAN kekal tewas semua kerusi yang ditandinginya.
PH kekal menguasai Pulau Pinang dengan Chow Kon Yeow dilantik Ketua Menteri yang baharu, juga dari DAP.
Jika diteliti, terdapat dua faktor besar yang telah menyumbang kepada peralihan kerajaan negeri dari BN kepada DAP (PR) di Pulau Pinang pada 2008 mahupun diperingkat kerajaan persekutuan daripada BN kepada PH-PPBM pada 2018.
Pertama ialah keupayaan masyarakat bukan Melayu iaitu Cina Dan India melakukan kalihan sempurna dari GERAKAN kepada DAP dan PKR.
Manakala faktor Tun M pula berjaya menghasilkan peratus lonjakan yang mencukupi dikalangan pengundi Melayu untuk beralih dari UMNO kepada PKR dan PPBM.
0 Comments