Ticker

6/recent/ticker-posts

Sokongan Dijangka Meningkat Untuk Calon PAS-PN DUN Guchil


KUALA KRAI – Faktor calon dan isu tempatan akan menjadi faktor penting meningkatnya sokongan pengundi untuk calon PAS-PN di N40 Guchil, Hilmi Abdullah pada PRN 12 Ogos ini berbanding PRU 15 lalu. 

Menurut Chew Ah Koon, 60 seorang peniaga dari Kampung Bekok, sokongan pengundi Cina kepada calon PAS-PN dijangka meningkat pada PRN ini akibat kegagalan Kerajaan Perpaduan menunaikan janji pada PRU 15 lalu.

“Buktinya sekarang ini sudah ramai orang Cina yang ikut bersama dalam program-program anjuran PAS-PN di DUN Guchil contohnya di Taman Bahagia dan Taman Guchil Jaya,” katanya. 



Menurut Lai Yee Fuei, 45, seorang peniaga dari Kampung Bukit Langsat Bedal, selama sepenggal berkhidmat sebagai ADUN Guchil, beliau berjaya menyelesaikan banyak aduan rakyat.

“Beliau seorang yang aktif, cakna, dan sentiasa memastikan setiap agihan bantuan untuk rakyat menyeluruh tanpa mengira bangsa dan fahaman politik,” katanya.

Menurut Kumaresan a/l Govindasamy, 50, berasal di Ladang Taku, masalah yang berlaku kepada Umno Bahagian Kuala Krai ekoran pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini memberi kelebihan besar kepada calon PAS-PN. 

“Berlakunya perpecahan dalam Umno Bahagian Kuala Krai yang memberi kesan kepada jenteranya, serta kesan daripada penyertaan Ketua Cawangan MIC Pahi bersama penyokong baru-baru ini akan menjejaskan sokongan kepada calon PH-BN,” katanya.

Post a Comment

0 Comments