Ticker

6/recent/ticker-posts

Anwar Tunggang Tok Guru Pondok

 


Dalam keadaan umum memgetahui bahawa peluang untuk PH BN mengambil alih Kelantan dari PN adalah suatu perkara sukar, Anwar dilihat ‘tersangat gigih’ menyerang negeri yang dianggap tonggak kekuatan PAS di negara ini.

Anwar telah hadir berceramah di tiga Dun serentak bersama anak murid kesayangannya, Zahid sempena ceramah Mega Madani di Kelantan malam kelmarin. 

Apakah Anwar tidak diberi maklumat oleh intelijen tentang kesukaran merampas Kelantan? Dan apakah Anwar juga gagal memahami dapatan kajian majoriti pengkaji sains politik, dalam dan luar negara tentang PRN yang akan dilihat sebagai referendum kepada kerajaan 8 bulan PH BN ini?



Jawabnya, tidak. Beliau tahu dan faham semua duduk perkara dan mood rakyat terbanyak yang tidak memihak kepadanya. Tapi, Anwar seorang yang sangat lihai dan licik muslihat politik ya. Orang Kelantan menyebutnya sebagai ‘liar’.

Mari kita tinjau satu persatu, 10 tunggangan Anwar secara ringkas.


Pertama, Anwar tunggang ‘orang miskin’ di Baling awal 1970an untuk menerobos masuk ke kancah politik nasional.


Kedua, Anwar tunggang isu AUKU (Akta Universiti Kolej Universiti) untuk juarai tuntutan anak muda kalangan penuntut Universiti.


Ketiga, Anwar tunggang ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) untuk jadi ikon pejuang Islam.


Keempat, Anwar tunggang UMNO untuk naiki hirarki politik pemerintah sehingga dilantik Timbalan Perdana Menteri.



Kelima, Anwar tunggang PAS setelah berdepan pelbagai kesalahan yang akibatkan beliau di penjara kali pertama.


Keenam, Anwar tunggang Gerakan Bersih untuk buat penampilan semula setelah bebas dari hukuman penjara kali pertama.


Ketujuh, Anwar tunggang Mahathir Dan institusi Agung untuk dapat pengampunan dan bebas dari penjara kali kedua.


Kelapan, Anwar sentiasa tunggang tokoh-tokoh ulama dan kepimpinan Islam tersohor dunia untuk kekal reputasi peribadinya.


Kesembilan, Anwar tunggang UMNO dan institusi Agong untuk jadi PMX selepas PRU 15 lapan bulan lepas.


Kesepuluh adalah yang terkini. Anwar pendokong tegar liberalisme sedang tunggang sebahagian Tok Guru Pondok menerusi manipulasi sentimen isu-isu sensitif. 


Anwar adalah  ‘liar’ dalam erti kata sebenar sama ada mengikut istilah orang Kelantan atau pun mengikut istilah orang Inggeris. 

Bare Liar Sengoti !

The Real Liar King !

Post a Comment

0 Comments