Ticker

6/recent/ticker-posts

UMNO Semakin Parah

SHAH ALAM: Tindakan sabotaj dari dalam boleh menamatkan hayat UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Tiga sebab utama menyebabkan perbuatan tersebut akan berlaku secara senyap di dalam UMNO, yang secara tidak langsung akan memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN).

Menurut sumber dalaman parti, tiga sebab itu ialah ramai ahli termasuk akar umbi parti tidak senang dengan kepimpinan UMNO, tidak berpuas hati mengenai calon dan tidak bersetuju parti itu dibawa bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).


“Paling tidak, ahli mungkin tidak mengundi parti kali ini, tetapi mereka tak mahu undi parti lain, jadi mereka tak keluar mengundi,” kata sumber yang juga seorang pemimpin UMNO Selangor tetapi enggan namanya dikenali.

Beliau  tidak menolak kemungkinan ada kalangan ahli yang akan memberi undi kepada calon lawan dari PN sebagai tanda protes mereka kepada pimpinan parti.

Jelasnya, keseluruhan ahli sesungguhnya sayang pada parti tetapi tidak kepada kepimpinan yang sekarang ini seolah-olah telah hilang hala tuju sejak bergabung dengan PH.

Pada Pilihan Raya Umum lalu BN mencatat keputusan terburuknya apabila hanya memenangi 30 kerusi Dewan Rakyat dengan 26 daripadanya diwakili UMNO.

Post a Comment

0 Comments