Ticker

6/recent/ticker-posts

ANAK MUDA KAMPUNG BERTAM CALON PRK NENGGIRI


Oleh: Zaki Mustafa

GUA MUSANG, 29 Julai - Ustaz Wadi atau nama penuh Mohd Rizwadi Ismail, anak jati Kampung Bertam Lama dipilih Perikatan Nasional sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil N.43 Nenggiri.

Bekas Pengelola Halaqat Jajahan Gua Musang itu berusia 41 tahun yang juga merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ustaz Wadi yang aktif di lapangan NGO dan juga parti turut berikrar dan bersumpah taat setia di Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional PRK N.43 Nenggiri yang diadakan di Pusat Tarbiah PAS di Renok, Gua Musang petang tadi.

Nama Ustaz Wadi diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Kelantan. 

Turut hadir Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dato' Seri Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Agung Bersatu, YB Dato' Seri Hamzah Zainudin, Setiausaha Agung PAS, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya PAS Kelantan yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS, YB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Ahmad Yakob.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Nenggiri pada 3 Ogos. Manakala pengundian pada 17 Ogos 2024.



Post a Comment

0 Comments