Ticker

6/recent/ticker-posts

Orang Asli mengeluh harga barang mahal


GUA MUSANG: Menjejaki penempatan Orang Asli di DUN Nenggiri bukan kerja mudah. Kedudukannya jauh di pedalaman. Ada pos Orang Asli terletak bersempadan dengan Perak.  

Di DUN Nenggiri terdapat lima Pusat Daerah Mengundi (PDM) Orang Asli. 

UDM terbabit iaitu Tohoi, Simpor, Jenera, Wias dan Pujian. Bagi petugas pilihan raya yang dipertanggungjawab di kawasan Orang Asli mereka perlu menggunakan kenderaan pacuan empat roda. 



Cabaran lebih mendebarkan lagi di mana keadaan cuaca tidak menentu sekarang. Hujan boleh menyebabkan perjalanan tersasar daripada jadual asal. 

Dan ada ketikanya kenderaan terpaksa ditarik jentera lain. Meredah jalan balak di hutan melewati sehingga ke malam.  

Inilah cabaran menanti petugas pilihan raya sama pembangkang atau kerajaan. Cuma kelebihan Kerajaan Pusat ada pelbagai agensi boleh dimanfaatkan.  

Maka tidak hairanlah setiap kali pilihan raya parti mewakili kerajaan menjuarai pengundi Orang Asli. 

Apakah PRK Nenggiri mengulangi situasi itu ketika ramai Orang Asli mengeluh harga barangan melonjak naik.

Post a Comment

0 Comments