Ticker

6/recent/ticker-posts

ISU TULAR ‘ KELANTAN TIDAK MAMPU BAYAR GAJI TUKANG CUCI’ ADALAH TIDAK BENAR


Oleh: Zaki Mustafa

KOTA BHARU, 22 Julai – Kenyataan rasmi dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menegaskan bahawa isu yang tular di media sosial dengan gambaran Kerajaan Negeri tidak mampu membayar gaji petugas kebersihan adalah tidak benar.

Menurut kenyataan yang bertarikh 21 Julai 2024 itu dijelaskan bahawa tiada rekod tunggakan bayaran kepada pihak syarikat yang telah dilantik melalui proses tender berhubung perkara yang ditimbulkan.

Semakan juga telah dibuat ke atas semua jabatan dan agensi negeri dan didapati tiada masalah tunggakan bayaran kepada syarikat yang terbabit.

Isu yang tular sejak beberapa hari itu mendapat perhatian warga maya dan mengundang persepsi buruk terhadap nilai akauntabiliti dan integriti Kerajaan Negeri Kelantan, lebih-lebih lagi semakin hampir dengan musim kempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Negeri Nenggiri.

Post a Comment

0 Comments