Ticker

6/recent/ticker-posts

PROGRAM HIJRATUL RASUL ERATKAN KEMESRAAN PEMIMPIN-MASYARAKAT


Oleh: Norzana Razaly 

GUA MUSANG, 28 Julai - Kerajaan Negeri Kelantan istiqamah memperteguhkan jalinan kemesraan pemimpin dengan masyarakat. 

Sehubungan itu, melalui Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN), program Hijratul Rasul  1446H peringkat Negeri Kelantan dilaksanakan di Padang Padang Awam Jerek, berdepan dengan SMK Tengku Bendahara pada Jumaat. 

Kehadiran Menteri Besar YAB Dato' Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nasuruddin Daud diiringi Timbalannya YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan bersama Exco Penerangan YB Mohd Asri Mat Daud membuktikan kecaknaan pemimpin terhadap masyarakat di seluruh pelusuk negeri ibarat aur dengan tebing. 


Para pemimpin beramah mesra dengan masyarakat melalui aktiviti mengacau bubur Asyura sebanyak lima kawah.

Pemimpin turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna dan karom.

Manakala isteri Menteri Besar Datin Panglima Perang Ustazah Wan Noranita Wan Yaakob tampil menyampaikan hadiah kepada johan pertandingan pembuatan bubur Asyura iaitu Kumpulan UDM Serian. 


Hadirin juga disajikan dengan ceramah dan terapi minda oleh penceramah Ustazah Asmak Hussin. 

Sebelum itu, para pemimpin menikmati jamuan bersama rakyat sambil beramah mesra dan bertanya khabar mereka. 

Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin berharap program tersebut dapat memupuk semangat perpaduan dan menghayati nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian semua lapisan masyarakat. 

Beliau juga berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan karnival tersebut.




Post a Comment

0 Comments