Ticker

6/recent/ticker-posts

INOVASI PELAJAR KELANTAN AKAN DIDAFTAR SEBAGAI HARTA INTELEK

Oleh: Norzana Razaly

KOTA BHARU, 29 Ogos – Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi YB Wan Roslan Wan Hamat menyeru para peserta Program Mini Teater STEM di Sekolah-sekolah di Kelantan terus memperhalusi projek masing-masing agar layak didaftarkan sebagai harta intelek.

Beliau mengucapkan tahniah kepada para peserta telah berjaya menyelesaikan Fasa 1 dan Fasa 2 dalam perjalanan inovasi mereka. 

Katanya, dalam fasa seterusnya, inovasi yang mencapai standard yang ditetapkan panel penilai akan didaftarkan sebagai harta intelek melalui agensi MyIPO.

“Seterusnya apabila tiba di Fasa 3, mereka akan memberi tumpuan kepada aspek pengkomersialan produk, termasuk membuat pembentangan kepada pelabur dan rakan kerjasama yang berpotensi. Ini adalah langkah penting untuk menjadikan inovasi mereka ke arah satu realiti yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan juga ekonomi negeri Kelantan.

Pihak Persatuan STEM Kebangsaan atau NSA akan menyediakan mentor pakar bagi membimbing peserta dalam meningkatkan produk-produk mereka ke arah pengkomersialan,” jelasnya ketika merasmikan Program Mini Teater STEM di Sekolah-sekolah di Kelantan pada Rabu di Dewan Yayasan Islam Kelantan, Tunjong.

Seterusnya, beliau memotivasi para peserta agar terus mempelajari kemahiran baharu dan memilih subjek-subjek STEM di sekolah dan universiti, supaya para peserta dapat menyumbang kepada pembangunan negeri Kelantan, yang bukan sahaja maju secara fizikal, tetapi juga dalam aspek intelektual dan spiritual.

Penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Persatuan STEM Kebangsaan yang berkerjasama Kerajaan Negeri Kelantan serta National STEM Association (NSA) atas penganjuran program tersebut. Termasuklah para peserta, guru pembimbing dan ahli NSA yang terlibat, mengakhiri ucapannya.




Post a Comment

0 Comments