GUA MUSANG, 4 Ogos – Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyudin Hassan menjelaskan kekeliruan yang dimainkan parti lawan ekoran pencalonan Rizwadi mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
“Geger (bising) pulok bakpo calon Bersatu orang PAS?
“Saya nak cerita mudahnya beginilah… PAS dengan Bersatu ni
ibarat dua beradik. Dua beradik dalam keluarga yang dipanggil Perikatan
Nasional. Satu hari adik minta anak kakak yang ramai anak jantan (anak lelaki)
sebagai anak angkat untuk mengerjakan kebun getah yang luas. Maka kakak tak ada
masalah.
“Ibarat Rizwadi ini, sebagai ahli PAS kita tidak ada
masalah untuk kepentingan PN. Dia
(Rizwadi) ni layak untuk mewakili parti Bersatu, kita mengizinkan,” jelas
Takiyudin dalam siri ceramah umum parti itu di Kampung Bertam Baru malam tadi.
Tambah beliau, Presiden PAS telahpun merestui dan
mengizinkan Rizwadi mejadi ahli Bersatu dan menjadi calon mewakili Bersatu dan
Perikatan Nasional bagi PRK Nenggiri.
Turut serta dalam siri ceramah itu, Menteri Besar Kedah,
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan calon Perikatan Nasional, Rizwadi Ismail.
0 Comments