Ticker

6/recent/ticker-posts

RIZWADI SEBAK DI HARI PENAMAAN CALON

 


Oleh: Saliemin Khesa Ahmad

 GUA MUSANG, 3 Ogos - Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail tidak dapat menahan sebak apabila melihat sokongan penyokong-penyokong parti itu bersama ibu bapanya yang hadir berkerusi roda pada Hari Penamaan Calon di Dewan Perdana Kompleks Perdana Majlis Daerah Gua Musang, pagi tadi.

Beliau yang juga merupakan pesara tentera itu menzahirkan penghargaan kepada semua penyokong PN yang dianggarkan hampir 5,000 orang berkumpul mengiringinya ke Pusat Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.43 Nenggiri.

 "Terima kasih kepada semua pimpinan PN yang hadir, termasuk ibu bapa saya...

"Tidak lupa juga kepada semua penyokong-penyokong PN..

"Saya mengharapkan 'bulan' akan dikekalkan di Nenggiri ini," katanya dalam ucapan sulung beliau di hadapan penyokong-penyokong PN di sini.



Untuk rekod, PRK N.43 Nenggiri memperlihatkan pertembungan dua penjuru di antara Calon PN dan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan. 


Perkara tersebut disahkan oleh Pegawai Pengurus PRK, Nik Raisnan Daud selepas semakan borang pencalonan kedua-dua individu diterima.





Post a Comment

0 Comments