Ticker

6/recent/ticker-posts

Rizwadi simpati mangsa rumah terbakar


GUA MUSANG: Seorang penduduk terkejut melihat rumah jirannya terbakar ketika pulang dari kebun durian. 

Beliau yang mahu dikenali sebagai Cik Adi berkata, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah beliau melihat api sedang marak membakar rumah tersebut.

“Saya nampak rumah terbakar yang terletak di sebelah saya. Saya segera menghubungi Bomba dan Penyelamat serta keluarga rumah terbabit,” katanya di sini.

Ketika kejadian berlaku difahamkan pemilik rumah terbabit Muhanmad Azizi dan isterinya tiada di rumah. 

Kebakaran dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi tadi membabitkan sebuah rumah yang terletak di kawasan berhampiran kebun. 

Calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Rizwadi Ismail bergegas ke tempat berlaku kebakaran di Kampung Jeram Tekoh sebaik sahaja diberitahu kejadian yang berlaku.

Beliau turut menenangkan Azizi yang masih trauma dan terkejut dengan kejadian yang memusnahkan rumahnya dan sebuah kereta.


“Api yang marak dengan cepat kerana rumah tersebut separuh kayu berjaya dikawal anggota Bomba dan Penyelamat yang tiba sejurus selepas itu daripada terus merebak ke rumah berdekatan. 

“Rumah tersebut didiami lima penghuni termasuk dua anak Azizi dan abangnya,” ujar beliau di tempat kejadian.  

Mohd Rizwadi berkata, beliau simpati terhadap kejadian malang tersebut dan berharap keluarga berkenaan bersabar menempuh dugaan yang berlaku.

Azizi bekerja sendiri, manakala isteri seorang tukang jahit. Petugas kempen PN yang berada di Jeram Tekoh turut datang membantu keluarga terbabit.



Post a Comment

0 Comments