Ticker

6/recent/ticker-posts

Adik Zahid dedah Umno lari perjuangan asal


MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU: Selamat Datang Dato' Abdul Hakim Hamidi bersama PAS, kata Dewan Pemuda PAS Kelantan Mohamed Kamal Mohamad.

Beliau berkata, adik Presiden Umno Dato’ Seri Ahmad Zahid itu menyertai PAS sebagai ahli seumur hidup. 

Katanya, borang penyertai PAS diserahnya kepada Presiden parti itu Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Selamat datang kepada Dato' Abdul Hakim dalam keluarga besar PAS, semoga istiqamah dan selamat maju jaya," kata beliau pada hantaran yang dimuat naik di laman sosial, TikTok hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Abdul Hakim menyertai PAS kerana mendakwa perjuangan Umno berubah setelah menjadi sebahagian parti yang mendukung kerajaan Madani.

Mohamed Kamal juga berkata, Abdul Hakim turut merasakan Umno Umno sudah lari perjuangan asal memperjuangkan hak Melayu dan kedaulatan agama Islam.

"Namun kini keadaan sudah berubah. Umno dahulu menjaga hak Melayu dan agama Islam, namun kini semakin lemah. 

"Kekuatan Melayu semakin terhakis dan agama Islam sering kali dipermainkan individu-individu tertentu tanpa tindakan tegas pemimin Umno," katanya.

Post a Comment

0 Comments