Ticker

6/recent/ticker-posts

Adik Zahid julang semula perjuangan bapa bersama PAS


KOTA BHARU: Adik Presiden Umno, Datuk Abdul Hakim Hamidi berusaha menjulang semula perjuangan bapa mereka Hamidi Abdul Fatah, bekas aktivis PAS di Bagan Datuk.

Bapa mereka seorang guru agama di Maahad Ulum Bagan Datuk dan istiqamah berdakwah serta memberi khidmat bakti kepada masyarakat. 

Bapa Dato’ Seri Ahmad Zahid ketika bersama PAS terlibat aktif dalam aktiviti usrah dan Pemuda PAS di Bagan Datuk. 

Mengulas perkembangan itu pensyarah Psikososio sebuah universiti awam Dr Zulkeflee Yaacob berkata, Abdul Hakim menganggap hanya PAS yang mampu mempertahankan hak Melayu dan kedaulatan Islam.  

“Malah ia selaras dengan pandangan Tun Abdul Razak pada 1973 yang membayangkan sekiranya Umno bermasalah, PAS akan menjadi wadah orang Melayu di negara ini,” katanya di sini.  

Berita Abdul Hakim menyertai PAS dimuat naik di laman sosial Ahli Parlimen Parit Buntar Mohd Misbahul Munir Masduki. 

Dr Zulkeflee juga berkata, pendedahan Abdul Hakim mengenai kelemahan Umno tidak bolehkan diremehkan lagi. 

Dr Zulkeflee Yaacob


Menurutnya Umno semakin hilang kelantangan apabila membisu ketika ada orang bukan Melayu mempersendakan bahasa kebangsaan. 

“Sedangkan fasal 152 perlembagaan menjelaskan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Namun hari ini bahasa Melayu dipermainkan seperti berlaku di Selangor apabila ada pihak menjulang tulisan Cina. 

“Umat Melayu mesti sedar apa yang berlaku sekarang menggambarkan golongan minoriti semakin berani mencabar hak-hak orang Melayu yang dijamin dalam perlembagaan,” ujarnya. 

Oleh itu kata beliau penyatuan umat Melayu perlu digerakkan bagi mengembalikan semula kegemilangan peradaban Melayu dan Islam di negara kita.

Post a Comment

0 Comments