Saya mengikuti sedutan ucapan PMX melalui Malaysiakini berkenaan kajian semula terhadap penetapan T15. Ada dua perkara tergambar dalam minda saya ketika ini.
Pertama; kajian semula dalam apa jua perkara adalah baik untuk rakyat tapi dalam kes ini, laksana pun belum tapi sudah mahu dikaji semula. Nampak idea tidak masak dan memalukan pentadbiran.
Hakikatnya kedua-dua situasi ini bukanlah suatu pengurusan yang baik dan meresahkan rakyat. Malah menampakkan ketidaksiap-siagaan Kerajaan dalam menguasai pengurusan harta kerajaan. Tidak cekap, malah bermudah-mudah dengan sengaja mencipta polemik demi polemik yang meresahkan. Rakyat ternanti-nanti dan akhirnya terpinga-pinga dengan puitisnya bacaan belanjawan yang rupanya suatu dasar separa masak.
Soal pengurusan harta kerajaan untuk keadilan dan kesamarataan tidak seharusnya dibuat mudah. Sesenang umum berdegar-degar, kemudian apabila geger khalayak rakyat atau pembangkang mulalah gelabah dengan ayat kaji semula. Itupun sempat menyalahkan pembangkang dengan herdikan "jangan jadi jaguh T15". Ketimbang apa pula yang mahu disasarkan, lalu berbunyilah lagu "entah siapa yang salah".
Salam hormat
Mohamad Kamal Mohamed
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
26 Rabiul Akhir 1446H / 29 Oktober 2024M
0 Comments