Ticker

6/recent/ticker-posts

KEISTIMEWAAN LELAKI DAN WANITA: JANGAN TERPENGARUH DENGAN ACUAN BARAT - TMB

KOTA BHARU, 29 Oktober- Orang Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan acuan barat dalam memberi definasi tentang perbezaan, keistimewaan dan kedudukan antara kaum lelaki dan wanita.

YB Timbalan Menteri Besar, Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, Umat Islam ada acuan sendiri dalam menentukan perbezaan, keistimewaan dan kedudukan antara lelaki dan wanita.

"Acuan kita dalam hal tersebut adalah ditentukan oleh Allah SWT. Dalam Islam tidak ada perbezaan antara lelaki dan wanita dari sudut keistimewaan, namun ada  perbezaan dari sudut peranan, tugas dan tanggungjawab.

"Dalam Islam, setiap orang ada tugas, perananan dan tanggungjawab masing-masing. Jangan kita ikut acuan barat. Pemikiran orang barat sangat bercelaru dalam menentukan kedudukan wanita.

"Dalam sejarah tamadun barat, kedudukan wanita tidak menentu, adakalanya diletakkan di tempat yang paling tinggi dan adakalanya di tempat paling rendah. Dalam metologi Rom ada tuhan dari golongan wanita cantik yang menjadi rebutan tuhan lelaki, dan jika mereka sudah tidak suka mereka akan buang dan disumpah. 

"Apabila wanita barat  merasakan diri mereka sudah moden, mereka cuba membebaskan diri mereka dari pemikiran yang kolot ini, maka mereka menuntut kebebasan wanita sama dengan lelaki kerana sejarah mereka cukup hina. 

"Namun dalam Islam, kita berfikir mengikut apa yang ditentukan oleh Allah SWT. Orang lelaki ada tanggungjawabnya, begitu juga dengan wanita, yang penting mereka menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk membina keluarga, masyarakat dan negara". 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Wanita State Government 4 (SG4) di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu, pada Isnin.

Konvensyen tersebut diadakan sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2024 yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KEKWA). Seramai 300 orang peserta terdiri daripada kepimpinan wanita dari Negeri SG4 menyertai konvensyen tersebut.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim menjelaskan, konvensyen tersebut merupakan platform kepada kepimpinan wanita SG4 untuk memperkukuhkan kemahiran kepimpinan dan melebar luaskan rangkaian profesionalisme masing-masing ke peringkat yang lebih tinggi.

"Konvensyen ini juga menjadi medium pertemuan untuk perbincangan dan perkongsian strategik antara kepimpinan wanita SG4 dalam memahami dasar, polisi dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh negeri masing-masing. Ia juga sebagai platform untuk mengiktiraf kejayaan dan pencapaian kepimpinan wanita SG4 khususnya dalam pembangunan negeri yang boleh menjadi inspirasi kepada seluruh wanita di dalam dan luar negara", katanya ketika memberi ucapan aluan dalam majlis yang sama.

Hadir sama Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu, YB Maliaman Kassim, Exco Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan Negeri Kedah, YB Dato' Siti Aishah Ghazali, Exco Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian& Warisan dan Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Perlis, YB Wan Badariah Wan Saad serta Timbalan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan, YB Nor Asilah Mohamed Zin.

Post a Comment

0 Comments