KOTA BHARU: Dasar Perumahan Kelantan yang digubal sejak tahun 2020 ditambah baik bagi memastikan ia menepati ajaran Islam.
Timbalan Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dato' Abdul Rahman Yunus berkata, pihaknya mencadangkan supaya rumah mempunyai ruang khas iaitu tempat mengambil wuduk.
Katanya, sebelum ini kerajaan negeri menetapkan rumah yang dibina mempunyai tiga bilik bagi memisahkan ruang bagi suami isteri, anak lelaki dan anak perempuan.
"Kita cadangkan supaya ada ruangan khusus untuk mengambil wuduk yang diasingkan daripada tandas," katanya pada perasmian Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara sempena Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) di sini semalam.
Abdul Rahman yang juga Adun Pasir Tumboh turut mencadangkan HSK turut menjemput suami bagi menyertai Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan setiap Oktober.
Menurutnya menangani penyakit kanser payudara memerlukan kerjasama semua pihak khusus suami bagi memberi sokongan kepada isteri mengidap penyakit itu.
0 Comments